Friday, July 29, 2011

harimau malaya!!



wow!! niy first post setelah terasa berabad lame nye tak berblogging.. kat entri kali ini gua nak sembang pasal perlawanan kelayakan piala dunia brazil 2014!! gua pelik lar kenapa boleh seri sedangkan perlawanan kali ini berlangsung kat tempat sendiri..ini yang gua tertanya2..




Kepada yang bakal pergi sekiranya berlangsung lagi perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura , disini aku ada 9 perkara nak habaq mai supaya korang jangan sesekali buat ketika berada disana. Kalau buat juga, kemungkinan besar paling teruk berlaku pun kena belasah secara berjemaah, haha. Apa benda yang jangan buat tu?, ni ha kat bawah ni..

1) Memasuki kawasan peminat pasukan Malaysia dengan memakai Jersi Singapura..

2) Memakai baju bergambar / berlogo singa..

3) Berada dikawasan pasukan peminat Malaysia lalu menghalakan lazer hijau ke arah penjaga gol Malaysia..(ahaha..)

4) Tepuk tangan atau bersorak ketika gol keeper singapore berlakon(berpura-pura) sakit..

5) Berpura-pura bersorak jika berada dikalangan peminat Singapura..

6) Menjerit BOOOO!!! pada pasukan Malaysia bila pasukan Malaysia menjaringkan gol..

7) Melaungkan GO GO GO SINGAPURA!! ketika berada dikalangan peminat pasukan Malaysia..

8 ) Mengibarkan bendera Singapura ketika berada dikalangan peminat Pasukan Malaysia..

9) Menjerit I LOVE YOU Khairul Nizam!! (atau mana-mana nama pemain Singapura) ketika berada dikalangan peminat Pasukan Malaysia

Oklah, entri ini sekadar suka-suka sahaja, sekadar gurauan sempena perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura..Tidak berniat mengutuk mana-mana pihak, kerana kita sama-sama berjiran dan berkawan..Mungkin malam takde rezeki kali ini..Tapi hari esok masih ada lagi..Apapun, selamat maju jaya buat Pasukan Harimau Malaya!! Gua harap lain kali ngauman Harimau Malaya akan bergema hingga bukan shaja Singapura malah negara lain terasa gegarannya..Hidup Harimau Malaya!!!

No comments:

Post a Comment